Sunday, February 13, 2011

Snake @ car boot sale




Nuha berjinak2 dengan sawa. Nak pegang sangat benda tu hah peganglah. Mamanyer dah lari sebatu. Lokasi tempat ni dekat car boot sale @ stadium Shah Alam.

joran pulang patah pulokk














Macam2 kalu dah nak jadi hal. Joran aku yang terjun edisi yang lepas kali ni patah pulokk.Macam biasalah tiap2 kali mancing janggal kalau tak main bawah ..... Ikan pertama tumpas adalah jenahak yang dinaikkan oleh tekong Musib. Tak lame lepas tu giliran ipar Nuzul pulak naikkan sembilang. Aku macam biaselah menumpaskan serirat dan serirat jugak seterusnyer...huh.....kena bahan le aku, hampehhh.
Walau macamanapun aku takan mengalah sampai abis trip....joran terbang aku yang beralku pada edisi lepas telah berjaya memujuk kerapu tak lame lepas tu. Tapi bayarannye agak mahal kerana reel aku patah dikejakan. Bila main bawah ... biasenyer reel kene ketatkan kalu tak melepas le tiap2 kali kena gasak. Akibat dari tarikan ikan dan pusingan reel yang statik sampai x boleh pusing so bebannye jatuh pada hanger reel dan terus patah. So aku terpaksa menghenjut ikan tu macam koyan dan berjaya jugak mendaratkan kerapu tu...
Rezeki malam ni tak berape banyak tapi kasar2 jugaklah...Jenahak dan kerapu rata2 1kg keatas......syukur.

Wednesday, January 26, 2011

Kelas berenang











Minggu ni adelah hari terakhir Nuha blajar brenang. Nak ikut kan aku bawak je die ke bonda ke parit ke utk blajar brenang sendiri. Tapi masa dah berubah, mner nak carik lagi benda2 camtu n sekarang pulak dah ade proper class so antar je le.




Aku tenguk die enjoy blajar n cepat. So besuk senang le dia nak swiming kalu gi memane. Tak yah nak berkubang kat wedding pool je. Lepas die blajar brenang aku nak ajar yang lain lak.....tungguuuu.....

Tuesday, January 25, 2011

slide @ empire
















Entah camane berkelapangan jugak aku bawak family aku gi subang @ empire. So Nuha tetiba minat pulok nak main slide. Tak dapat nak ditahan dah keinginan budak ni, so kne lah layan dia pi main slide. Berani jugak budak ni, biasenyer takut....hmmm tenguklahh

Sunday, January 16, 2011











15hb jan 2011. Buat pertama kali dlm tahun ini aku turun memancingbersama otai kami Musib. Kami turun bertiga aku, Nuzul n Sharil, termasuk tekong berempatlah. Malam ni pembukaan trip x begitu cantik kerana aku strike sir sret dua hekor berturut2. LEpas masuk bawah wap pun same jugak 2 hekor lg aku naikkan.......hampehh.. Tapi selepas itu baru lah saingan bermula. Macam biaselah our tekong owang pertama strike gold plated n diikuti oleh Nuzul. Bro sharil berjaya mendaratkan semilang n glamour dan aku berjaya naikkan glamour n semilang gak.




Air pade mula nyer x bergitu menarik, kurang arus so tekong ajak ubah tempat selepas gagal menaikkan tangkapan di bawah wap.




Kitaorang kembali semula di port yg memula td and kat situ telah memberikan aku peringatan yang cukup baik untuk posisi letak joran. Joran aku telah tercampak ke dalam laut dan hilang sekelip mata. Aku mula2 malas gak nak carik balik tapi Musib sangat beria2 untuk carik balik dengan guna batu berat sket dan gagal mengesan. Dah tak dapat carik so kitaorang start mancing mcm biase semule and aku guna set lain utk misi gold plated.




Entah mcmmane tetiba joran aku berjaya jugak mengarau joran yang terjun td....syukur dapat balik aku set joran terbang td. Si Nuzul dah tembak cukup2 kat aku sebab dulu joran dia pun terbang gak...hehehhehe. Tapi Allah itu Maha Kaya dapat jugak aku akhirnya joran tu..




Berikut gambar2 yang tak seberapa clear utk trip kali nih